Thursday, 22 October 2020

Hampir Gil4 Kerana Cer41

 



Hai, Assalamualaikum.

First time aku luah kat facebook. Kalau orang tak baca pun takpe. Yang penting aku ada tempat bercerita. 


Aku seorang wanita berusia awal 30an. Seorang pemalu, tak banyak cakap, anak bongsu dan manja. Aku dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang dengan agama. Aku juga tak pernah bercinta. Tu jelah pengenalan mengenai aku. 


Lepas tamat universiti aku kerja di salah sebuah institusi wakaf di negeri kelahiran ku. Alhamdulillah aku cepat dapat kerja. Kat sinilah aku kenal ex-husband aku. 


Kami kerja bawah institusi wakaf yang sama tapi lain department. Kenal time mesyuarat sama2. Tak sampai 2 minggu berkenalan dia terus melamarku. Semua terasa cepat dan dipermudahkan. Kami terus bertunang dan kahwin pada pertengahan tahun. 


Aku namakan ex-husband aku Ali. Ada rupa, ada pelajaran, baik, beragama, kira stok good2 la.  Aku tak pernah bercinta,  jadi Ali lah lelaki pertama yang ku cintai sesungguhnya. Memang berbunga-bunga hati Allah je yang tau. Masa tu aku pernah cakap dalam hati, aku dah tak nak apa-apa nikmat dah, Allah hadirkan Ali pun dah cukup besar nikmat yang Allah beri kepada ku. Masa bercinta dulu nak whatsapp dia pun terketar-ketar .first time chat dengan lelaki.  Lepas kami kahwin, aku dan Ali menyewa rumah. 1,2  bulan kahwin nampak bahagia. Tapi dah lebih 2 bulan aku dah jadi tak happy. Sebab Ali masih tak sentuh aku. Dengan kata lain aku masih dara. Waktu tu aku tertekan, memang berperang dengan perasaan, ye lah aku pun manusia normal juga. Keinginan batin tu tetap ada. Aku dah cuba bagi hint, tapi Ali macam buat2 tak faham. Aku pula malu nak mengaku nak minta ditiduri. 


Sehingga lebih setahun aku masih dara. Aku pernah berbincang berkenaan nafkah batin ni, tapi kalau aku ungkit je dia mula marah2 dan herdik aku. Jadi sebab tu aku tetap diam. Teruskan kehidupan macam biasa. Dalam masa yang sama dia suka brain wash aku. Aku tak solehah la, aku tak rajin, tak boleh berdikari dan macam2 lagi. Tiap-tiap hari ada je yang tak kena. . Aku tak faham kenapa dia suka marah dengan benda yang aku tak buat. 


Aku berusaha baiki diri, sebab tekad nak jadi isteri solehah. Macam2 aku buat nak tambat hati dia. Aku berhias,masak sedap-sedap, aku kemas rumah walaupun letih balik kerja, selalu minta maaf. Tempat tidur aku selalu tukar cadar, beli cadar cantik2, sembur pewangi bilik. Tapi semua sia-sia. Dia anggap aku tak sepadan dengan dia. Dia rasa aku tak perfect, tak cukup kat sana, tak cukup kat sini. Sehingga aku sangat tertekan. Kadang2 menangis sendiri. Nak cerita dengan famili malu. Aku pendamkan sorang-sorang. Maybe dia nak tutup aib dia yang tak boleh bagi aku nafkah batin. So blame aku macam-macam supaya aku nampak diri aku lebih looser daripada dia. 


Masa berlalu aku tak sedar,  aku mengalami kemurungan yang teruk. Sehingga satu hari pada waktu subuh, aku keluar dari rumah dan berjalan kaki entah ke mana arah tuju. Aku menangis di tepi jalan semahunya, berjam-jam menangis. Sehingga polis peronda datang membawaku pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah mak ayah  aku. Tak sanggup lagi aku melihat muka Ali. Sampai rumah aku terus masuk kat bilik, bilik aku yang dulu semasa tinggal di rumah mak ayah. Mak risau melihat keadaanku  yang semakin kurus, muka pucat , mata bengkak. Mak peluk aku dan mak nangis. Aku juga turut menangis semahunya, mak tanya aku diam. Aku malu hal tempat tidur nak cerita dekat mak. 


Suamiku dapat tau aku keluar rumah, merata dia mencari akhirnya dia pergi rumah mak ayah aku. Tengah hari dia baru sampai.  Bila melihat Ali berada di pintu bilik, aku terus pengsan .


Masa tu aku sedar, tapi tak boleh nak control badan. Aku mula meracau.  Mak kata seperti orang kena rasuk. Asyik cakap nak mati, nak mati. Sekejap menangis, sekejap aku mengilai. Aku boleh cakap, aku akan mati pada hari rabu minggu depan. 


Ayah cepat-cepat pulihkan semangatku. Ada beberapa ayat Quran yang dibaca ditelingaku. Ayah menyuruh Ali azan. Kemudian aku sedar sendiri. Ali membawaku pulang ke rumah. Aku cakap dengan mak ayah aku nak pulang rumah sewa sebab aku tak nak masalah kami mak ayah tahu. Ali tak bagi aku kerja. Aku amik cuti. Aku duduk di rumah sorang-sorang. Dari semalam sampai ke pagi ni Ali asyik membebel dengan ku dia cakap aku tak kuat iman, tak ingat Allah. Aku hanya termenung. Tiada apa lagi yang perlu dibahaskan. Aku dah tahap putus asa. Aku tak nak teruskan perkahwinan ni. Tapi aku sangat sayangkan Ali. Maybe satu hari Ali berubah.


Masa tinggal kat rumah sorang-sorang. Aku rasa sunyi, fikiran mula bercelaru. Aku nak Ali, aku nak ada anak. Aku nak normal macam famili orang lain. Tapi aku tak dapat. Aku nangis semahunya. Lepas menangis, aku amik hp, aku mesej kepada semua kenalan hp yang aku akan mati hari rabu minggu depan. Semua kawan-kawan terkejut. Ramai yang call Ali dan famili ku. Selepas daripada itu aku tak dibenarkan memegang hp lagi. Bila fikiran terganggu, jin mengambil kesempatan untuk mengambil alih tubuh. 2 minggu aku berubat dek kerana jin yang keluar masuk dari tubuhku. Jin yang sekadar menumpang dan hanya ingin berkawan. Aku letih, sakit, stress. 


Dalam keadaan begini, aku ditampar dengan surat penceraian. Ali menceraikan ku dengan talak 3. Allah gugur jantungku.. aku menulis ni rasa nak menangis jika imbas kembali. Perit. Kenapa dia menginggalkan ku saat aku begini. Tiada langsung perasaan ehsannya terhadapku. Ahli keluarganya turut menyokong tindakan Ali. Aku dilihat seorang isteri yang sentiasa menyusahkan Ali. 


Lepas ni aku sambung ye. Maaf dah panjang sangat. 


Dhia (Bukan nama sebenar)


Hantar confessions anda di sini: stressconfessions/submit