Wednesday, 18 November 2020

Di sihir kawan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.


Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah). Kalau ada yang follow, mungkin ada yang perasan satu post tentang cerita housemate aku yang pengotor (pengotor tahap dewa dewi cikebum cikebum). Untuk yang tak follow, aku summarize kan cerita. Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.


Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia bunuh kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Nani cakap.


Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia. To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai, bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psikologi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..


16 Nov 2016

Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat. Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.


26 Nov 2016

Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh. Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak. 


Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan… aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..


6 Jan 2017

Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta. Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.


Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)

Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?

Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..

Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.


Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.


Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yang dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam. Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan.


Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur. Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yang aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c. Aku jadi murung dan jadi tersangatlah suka pada benda kotor. 


Paling aku ingat dan tersangatlah jijik, aku jadi suka sangat waktu aku haid. Apa aku buat pada darah haid aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarah pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.


Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor). Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji. Makhluk yang sebelum ni cuma terasa seperti bayang-bayang, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.


Korang bayangkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yang tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yang boleh sedarkan aku?


26 Jan 2017.

Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yang jauh di selatan tanah air. Rumah aku yang dahulunya kemas dan bersih, kini kotor dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. 


Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Nani yang datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar. Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yang aku tak kenal.


Macam mana pakcik Ali tahu yang aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dengan ulat sampah hari tu. Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat buruk, dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yang ada sesuatu dalam rumah aku. 


Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yang menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yang pandai dalam hal ni, pakcik Said. Benda pertama yang Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;


Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain.

Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah…


Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam, ada someone yang tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yang buka. Aku berjaya buka dan serentak itu, Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. 


Tapi yang pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut, tuala wanita aku yang tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yang jadi pada aku dan tuala wanita aku ni) dan ada bangkai-bangkai tikus di sekitar bilik (apa yang jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jijik)


Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dengan apa yang jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik. Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa sakit yang teramat sangat. Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. 


Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yang mampu. Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dengan diri dia, suka pada benda kotor (kalau ada yang blur, maybe korang boleh cari balik post confession aku tu, baru korang boleh faham kaitan antara aku yang tengah ‘sakit’ dan Nani) – sorry admin, takda niat nak promote page lain, cuma nak bagi pembaca faham-


Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yang dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yang memerhati aku dalam rumah tu. Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjun dari balkoni rumah aku, tingkat 11.


Apa yang aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku kerana confession tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dengan pakcik Said. Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.


Mak cadangkan aku minta maaf pada Nani, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dengan dia. Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti.


Kalau ada di antara pembaca yang tahu mana tempat rawatan atau perawat yang boleh membantu, mohon sangat share di komen. Aku memang perlukan pertolongan korang.


Nani (bukan nama sebenar)

Wednesday, 11 November 2020

Kerana Hutang!

 


Assalamualaikum. Straight to the point, aku baru putus tunang disebabkan hutang. Ya, aku ada hutang yang smpai aku dah kena blacklist. Aku ada hutang PTPTN yang tertangguh which aku tak dapat settle kan since aku kena terminate kerja sebelum ni and aku menganggur untuk 2 tahun.


Dalam masa 2 tahun tu kerja aku tak menentu dan gaji aku tak sampai 1K, dgn komitmen family, adik2, mak ayah di kampung. Aku anak sulung, ayah kerja kampung, mak suri rumah. Selain hutang PTPTN, aku ada buat personal loan sebab kena tipu dengan kawan yang buat MLM. Yang ini pun dah tertangguh sampai 15K.


Setiap saat aku celik mata, runsing fikirkan perihal hutang memandangkan kita sebagai Muslim percaya, mti kelak roh akan tergantung andai hutang tidak dilangsaikan. Malah, Nabi SAW sendiri menolak untuk menjadi imam solat jnazah org berhutang. Sekarang kerja dah okay cuma hutang tu terlalu banyak dan aku pening nak mulakan macam mana untuk settlekan.


Berbalik cerita putus tunang. Aku ni jenis tak pandai bergaul dengan lelaki. Menjaga ikhtilat kononnya. Kalau kerja tu memang aku bukan jenis tepuk tampar gelak gelak dengan lelaki. Sebab aku tak reti nk bergaul sangat. Bagi aku, dekat ofis kena serius. Kalau nak bergurau tu jangan lebih. Mungkin sikap aku ni membuatkan bekas tunang aku suka kan aku.


Kami satu ofis cuma berlainan department. Dia pernah kata aku ni tak macam perempuan yang dia kenal. Aku ni lain. Dia tua dari aku 3 tahun. Masih single. Orangnya biasa2 je. Kulit sawo matang and sama tinggi denganku. Dia dah lama perhatikan aku sejak hari pertama aku kerja. Aku tak sedar semua tu sebab fokus aku pada kerja.


Satu hari, kami keluar. Kami berborak. Dia tanya nak honeymoon kat mana nanti? Aku jawab dalam Malaysia je lah sebab kalau luar negara mahal kosnya. Padahal nama dah kena blacklist. Dia berkeras nak keluar negara sebab kawan2 dia semua bercuti diluar negara.


Aku serba salah. Aku terus cakap yang nama aku dah kena blacklist tak boleh keluar negara. Dia terkejut. Lepas tu marah aku kenapa aku tak bagitahu dia selama ni. Aku explain semuanya malam tu. Aku akan settlekan sendiri. Tak minta duit dia pon. Dia tarik muka. Dia kata takpelah kita bercuti dalam negara je. Sabah ke.. jauh sikit. Aku lega.


Sejak malam tu, dia berubah. Dia seolah-olah, nak menjauhi aku. Whatsapp tak reply. Call tak angkat. Kat ofis jarang nampak dia. Dia lari dari aku. Aku sedih, apa salah aku. Satu hari, aku cakap yang aku nak pergi rumah dia. Terus dia call aku. Dia ajak keluar nak bincang pasal barang kahwin.


Lepas makan tu, dia terus tanya aku, adakah dia pilihanku yang tepat? Aku pelik kenapa tiba2? Dia kata sebab aku bukan pilihan dia yang tepat. Aku makin pelik. Apa alasan dia? Apa salah aku. Dah halfway nak ke jinjang pelamin. Alasan dia sebab kewangan aku.


Aku mengaku aku gagal dalam pengurusan kewangan. Aku merayu pada dia untuk teruskan hubungan kami. Dia kata dia dah tawar hati. Atas alasan tu je? Tapi mungkin betul. Hati orang kita tak tahu. Orang dah tak sudi, buat apa aku nk terhegeh2 lagi. Walaupun susah untuk aku terima.


Jadi bulan lepas, kami putus tunang. Keluarga pon masing2 terima dengan hati terbuka. Alasan kami tiada persefahaman. Sehingga waktu ini, aku tertanya2 adakah itu alasan sebenar dia untuk putuskan pertunangan? Sebab aku berhutang? Sampai kena blacklist and tak boleh keluar negara?


Aku terus resign and sampai sekarang masih menganggur. Aku tak sanggup berdepan dengan dia hari2 ke ofis. Aku kemurungan. Berat aku turun 10 kg sejak haritu.


Adakah orang seperti aku tak layak untuk merasa hidup berumahtangga?


Orang yang terluka (Bukan Nama Sebenar

Menanggung 'Biawak' Di Rumah

 


Assalamualaikum min..sila hide profile saya ya. Saya nak tanya pendapat semua wanita dan lelaki dalam ni. Saya Anis berumur pertengahan 30an, dah berkahwin selama 5 tahun dengan suami dan masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ni saya tidak bekerja kerana menjaga orang tua. Setelah 2 tahun berkahwin, saya dpt offer kerja dan terpaksa pjj dgn suami saya. Suami sy seorang yg byk hutang dan dia seorang yg tak berdisiplin dalam menyelesaikan hutangnya. Sbb tu sy terima offer kerja walaupun tpaksa pjj dengannya supaya dia dpt menjelaskan semua hutangnya dn bersihkan namanya daripada di blacklist.. Gaji sy jauh lebih banyak dri dia dan dia seolah2 dah lupa tanggungjwbnya sebagai seorang suami. Setelah sy bekerja, sy dpt membeli kereta, motor dan rumah dan semuanya nama saya..sy bertindak membeli semua ni untuk kesenangan kami bersama..tp dia hanya menggunakan gaji yg dia dpt utk diri dia...bila sy tnya mana pergi duitnya...dia ckp dh habis byr hutang...sedangkan dia beli brg keperluannya sendiri dn tidak membyr hutang dia...sy x pernah meminta apa2 dri dia kerana kesian dia x dpt selesaikan hutangnya..dia seolah2 dalam dunia dia dan sy dlm dunia sy. Wajar kah sy berhenti kerja dn tinggal bersamanya atau berpisah dengannya dan teruskan kehidupan sy? sekiranya sy berhenti kerja dan hidup bersamanya, sy tak tahu mcm mana dia nk byr semua hutang2 rumah kereta dn sebagainya sebab selama ni sy yg byr....dan saya jugak taknak hubungan kami semakin hari semakin jauh kerana sepanjang perkahwinan dengannya, dia tidak pernah berusaha untuk menjadikan rumahtangga kami lebih baik, semuanya bergantung pd saya baik dari segi kewangan mahupun tenaga, emosi dan sebagainya. Semakin hari sy rasa semakin penat dan buntu menempuh semua ni seorang diri...sy hrp komen dripd ahli2 group ni dpt membantu sy membuat keputusan dengan sewajarnya. Terima kasih min..


Anis (Bukan nama sebenar)

Thursday, 22 October 2020

Hampir Gil4 Kerana Cer41

 



Hai, Assalamualaikum.

First time aku luah kat facebook. Kalau orang tak baca pun takpe. Yang penting aku ada tempat bercerita. 


Aku seorang wanita berusia awal 30an. Seorang pemalu, tak banyak cakap, anak bongsu dan manja. Aku dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang dengan agama. Aku juga tak pernah bercinta. Tu jelah pengenalan mengenai aku. 


Lepas tamat universiti aku kerja di salah sebuah institusi wakaf di negeri kelahiran ku. Alhamdulillah aku cepat dapat kerja. Kat sinilah aku kenal ex-husband aku. 


Kami kerja bawah institusi wakaf yang sama tapi lain department. Kenal time mesyuarat sama2. Tak sampai 2 minggu berkenalan dia terus melamarku. Semua terasa cepat dan dipermudahkan. Kami terus bertunang dan kahwin pada pertengahan tahun. 


Aku namakan ex-husband aku Ali. Ada rupa, ada pelajaran, baik, beragama, kira stok good2 la.  Aku tak pernah bercinta,  jadi Ali lah lelaki pertama yang ku cintai sesungguhnya. Memang berbunga-bunga hati Allah je yang tau. Masa tu aku pernah cakap dalam hati, aku dah tak nak apa-apa nikmat dah, Allah hadirkan Ali pun dah cukup besar nikmat yang Allah beri kepada ku. Masa bercinta dulu nak whatsapp dia pun terketar-ketar .first time chat dengan lelaki.  Lepas kami kahwin, aku dan Ali menyewa rumah. 1,2  bulan kahwin nampak bahagia. Tapi dah lebih 2 bulan aku dah jadi tak happy. Sebab Ali masih tak sentuh aku. Dengan kata lain aku masih dara. Waktu tu aku tertekan, memang berperang dengan perasaan, ye lah aku pun manusia normal juga. Keinginan batin tu tetap ada. Aku dah cuba bagi hint, tapi Ali macam buat2 tak faham. Aku pula malu nak mengaku nak minta ditiduri. 


Sehingga lebih setahun aku masih dara. Aku pernah berbincang berkenaan nafkah batin ni, tapi kalau aku ungkit je dia mula marah2 dan herdik aku. Jadi sebab tu aku tetap diam. Teruskan kehidupan macam biasa. Dalam masa yang sama dia suka brain wash aku. Aku tak solehah la, aku tak rajin, tak boleh berdikari dan macam2 lagi. Tiap-tiap hari ada je yang tak kena. . Aku tak faham kenapa dia suka marah dengan benda yang aku tak buat. 


Aku berusaha baiki diri, sebab tekad nak jadi isteri solehah. Macam2 aku buat nak tambat hati dia. Aku berhias,masak sedap-sedap, aku kemas rumah walaupun letih balik kerja, selalu minta maaf. Tempat tidur aku selalu tukar cadar, beli cadar cantik2, sembur pewangi bilik. Tapi semua sia-sia. Dia anggap aku tak sepadan dengan dia. Dia rasa aku tak perfect, tak cukup kat sana, tak cukup kat sini. Sehingga aku sangat tertekan. Kadang2 menangis sendiri. Nak cerita dengan famili malu. Aku pendamkan sorang-sorang. Maybe dia nak tutup aib dia yang tak boleh bagi aku nafkah batin. So blame aku macam-macam supaya aku nampak diri aku lebih looser daripada dia. 


Masa berlalu aku tak sedar,  aku mengalami kemurungan yang teruk. Sehingga satu hari pada waktu subuh, aku keluar dari rumah dan berjalan kaki entah ke mana arah tuju. Aku menangis di tepi jalan semahunya, berjam-jam menangis. Sehingga polis peronda datang membawaku pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah mak ayah  aku. Tak sanggup lagi aku melihat muka Ali. Sampai rumah aku terus masuk kat bilik, bilik aku yang dulu semasa tinggal di rumah mak ayah. Mak risau melihat keadaanku  yang semakin kurus, muka pucat , mata bengkak. Mak peluk aku dan mak nangis. Aku juga turut menangis semahunya, mak tanya aku diam. Aku malu hal tempat tidur nak cerita dekat mak. 


Suamiku dapat tau aku keluar rumah, merata dia mencari akhirnya dia pergi rumah mak ayah aku. Tengah hari dia baru sampai.  Bila melihat Ali berada di pintu bilik, aku terus pengsan .


Masa tu aku sedar, tapi tak boleh nak control badan. Aku mula meracau.  Mak kata seperti orang kena rasuk. Asyik cakap nak mati, nak mati. Sekejap menangis, sekejap aku mengilai. Aku boleh cakap, aku akan mati pada hari rabu minggu depan. 


Ayah cepat-cepat pulihkan semangatku. Ada beberapa ayat Quran yang dibaca ditelingaku. Ayah menyuruh Ali azan. Kemudian aku sedar sendiri. Ali membawaku pulang ke rumah. Aku cakap dengan mak ayah aku nak pulang rumah sewa sebab aku tak nak masalah kami mak ayah tahu. Ali tak bagi aku kerja. Aku amik cuti. Aku duduk di rumah sorang-sorang. Dari semalam sampai ke pagi ni Ali asyik membebel dengan ku dia cakap aku tak kuat iman, tak ingat Allah. Aku hanya termenung. Tiada apa lagi yang perlu dibahaskan. Aku dah tahap putus asa. Aku tak nak teruskan perkahwinan ni. Tapi aku sangat sayangkan Ali. Maybe satu hari Ali berubah.


Masa tinggal kat rumah sorang-sorang. Aku rasa sunyi, fikiran mula bercelaru. Aku nak Ali, aku nak ada anak. Aku nak normal macam famili orang lain. Tapi aku tak dapat. Aku nangis semahunya. Lepas menangis, aku amik hp, aku mesej kepada semua kenalan hp yang aku akan mati hari rabu minggu depan. Semua kawan-kawan terkejut. Ramai yang call Ali dan famili ku. Selepas daripada itu aku tak dibenarkan memegang hp lagi. Bila fikiran terganggu, jin mengambil kesempatan untuk mengambil alih tubuh. 2 minggu aku berubat dek kerana jin yang keluar masuk dari tubuhku. Jin yang sekadar menumpang dan hanya ingin berkawan. Aku letih, sakit, stress. 


Dalam keadaan begini, aku ditampar dengan surat penceraian. Ali menceraikan ku dengan talak 3. Allah gugur jantungku.. aku menulis ni rasa nak menangis jika imbas kembali. Perit. Kenapa dia menginggalkan ku saat aku begini. Tiada langsung perasaan ehsannya terhadapku. Ahli keluarganya turut menyokong tindakan Ali. Aku dilihat seorang isteri yang sentiasa menyusahkan Ali. 


Lepas ni aku sambung ye. Maaf dah panjang sangat. 


Dhia (Bukan nama sebenar)


Hantar confessions anda di sini: stressconfessions/submit